Wednesday, April 12, 2017

Jalan-jalan Melaka

Assalamualaikum..

Hai guys, sihat tak? Pia alhamdulillah sihat cuma lately Pia busy. Boss pun kerja yg dah jadi harta karun pun baru la nak mintak. Pastu nak urgent. Tapi pia ni sejenis yg tak suka kelam kabut sgt sbb tahu nanti ada je yg silap sana sini. Pia dah bagi dia seminggu lepas taw. Dorg tak check ke apa pia tak tahu. Pastu baru la bagitahu minggu ni sbb customer dah whatsapp kat group whatsapp nak consumable list bagai. Pia tak tahu kenapa dia nak mintak calibration models yg takda kaitan dgn project kat Sabah tu. Pia dh agak dh bila customer whatsapp confirm benda ni jadi huru hara. Pia pun malas nak ikutkan huru hara diorg, Pia buat jela mcm biasa. Cuma pia nak pastikan sebelum pia send kat diorg semua models tu, the models was exactly the same. Taknak ada isu in future nanti. Tapi the problem is line internet kat sana mcm apaaaaaa je.Pia tunggu dari pagi sampai pukul 5 baru pia boleh send kat bos. Tu pun image. Models file besar pia suruh send malam je guna personal punya wifi. Kesian diorg terpaksa la pia mintak tolong. 

Okay, Pia dah lari tajuk dah tu. Actually minggu lepas pia tak plan pun nk berjalan-jalan sbb pia mcm dah over spending dek kerana syok cimb clicks pia dah okay. Tapi still ada duit saving kat bank lain. So, pia fikir on wednesday tu adik pia dah nak habis midterm break, anak buah pulak hujung minggu ni dia boleh outing. Pia btau kawan pia yg pia nak bawa adik & ank buah jalan Melaka. Tp jalan-jalan santai-santai jela. Sbb pia tak suka kelam kabut nak konon-konon okayyyy tempat ni dah unlock. Dah mcm ada tour itenary pulak rasa nanti. Macam ada tentative masa. Tak suka. Kawan pia tiba-tiba nak ikut. Lepastu dia pulak yg excited lebih. Tapi terpaksa tunggu dia habis kerja hari sabtu. Walaupun halfday, pukul 3 baru kita gerak. Yela, nak tunggu dia bersiap nak kemas barang lagi. Oh well, gurlssss katanya. 

So kita gerak dari Klang hari sabtu, adik pia dah dtg klang hari jumaat lagi. Pastu kitorg gi amik anak buah pia kat Sepang then terus menuju ke melaka. Sampai melaka dah pukul 6 dah sbb banyak kereta betul kat jalan. Sampai-sampai je, kawan pia nak kuih keria antarabangsa. So, gigih la cari.. Sekali dah habis. Sedih dia. So cakap kat dia, kita cari esok lah. Lepastu, kitorang dah start rasa lapar. Terus cari asam pedas. Kita gi Asam Pedas Claypot. Wallahhhh haoliao rasa dia sedap! cuma sebenarnya, pia pernah makan yg lagi kaw! cuma asam pedas kedai ni consider sedap jugak. Pia bagi 4.3/5 star. Hehe.

Then lepas makan, kita terus cari gi bandar melaka. Huhu. sangatlah sesak. nak cari parking je pusing berapa kali lah tak tahu. Dapat parking dekat dengan river cruise. Kitorg pun naik river cruise tu. RM 16 sorg taw. Pada pia lah, better pergi malam river cruise ni. Sbb pertama, sejuk lah sikit. Nyaman je rasa. Sbb kedua, Pemandangan lampu-lampu sangatlah cantik. Lagi-lagi sebelah sungai melaka tu ada cafe-cafe. Yg betul-betul tepi sungai. Seriously best tgok org sambut birthday, & even ada yg propose! Sweet sangat! 

Lepastu kitorg naik beca. Haha mcm org jakun kan tak pernah naik. Pernah je naik 5 tahun lepas. Tapi siang lah. Ni naik malam lagi seronok sbb sejuk. Hehe. Hello Kitty pulak tu. Then, gi Jonker Walk, jalan-jalan sambil minum air kelapa fresh. Banyak kedai yg interesting kat Melaka ni actually. Pia rasa mcm nak masuk semua kedai. Pia ada beli some souvenirs, jam untuk anak buah & reed diffuser untuk bilik yang wangi. Then, lepas jalan-jalan tu kitorg terus kepenatan yg teruk. Sampai rumah akk pia dah dekat kul 12. Mandi.. solat.. duk borak-borak ntah pukul berapa tertido.

Pagi tu bangun awal pia buat breakfast. ikutkan malas. Tapi ada nasi pulak kat rumah akk tinggalkan. So, pia goreng nasi, & buat teh o. Fresh terus pagi tu walaupun mulanya mata ngantuk. Nak menumbuk rencah pun malas. Potong-potong je semua pastu campak-campak jela. Asal boleh makan :p . So dalam pukul 9.45 kitorg gerak dari rumah akk.. kitorg sampai bandar Melaka in 40 minute cmtu sbb traffic light banyak. Pastu kitorg jalan-jalan A'famosa, muzium kapal, dataran pahlawan, lagi banyaklah! Sampai rasa kaki ni dah nak jem dah. Jalan jugak. Lepas jalan-jalan, kita naik sky tower, the shore ,Melaka. Haa, kalau nak naik sky tower ni better pegi siang sampailah betul-betul nak masuk maghrib. Sbb pia dah pernah pergi malam. Sbb rasa membazir gambar xnampak mana pun. Lepastu, tarikan kat atas tu cuma so called gondola putih tu je dgn pemandangan dr atas bangunan. & it costs RM 25 per person. Bygkan pia belanja anak buah 3 org masa tu (tahun lepas).Kali ni pia belanja adik & anak buah pulak. Haha. sekali sekala apa salahnya kannn.

Lepastu, kitorg terus gegas cari kuih keria antarabgsa. Alhamdulillah tak baris lama sgt. 20 minit je. Sedap! tapi makan terus lepas beli lah. Kalau awak beli hari ni, makan esok.. ermm xberapa best sbb texture & rasa dia dah lain. Lepas beli, kita singgah Pantai Klebang pulak main layang-layang. Kita gerak dr Melaka dalam 4.30. Hmm lepastu faham-faham jelah, jem hari ahad. Solat, hantar anak buah semua dah pukul berapa dah. Pastu hantar adik gi terminal bas nk balik Perlis. Seriously sedih bila hantar diorg. Mcm mak-mak sangat. Agaknya mcm tu lah perasaan mak bila ank semua nak balik jauh. Huhuhu.

Okayyy. Pia share gambar sikit .


















okay guys, pia sakit perut pulak ni. Pia sambung next time! (: 


Wasaalam.

xoxo,
Pia

No comments:

Post a Comment

Dari Hati ke Hati.

Assalamualaikum.. Berkata tentang hati, semua manusia punya hati *cehh ayat. Baik ke tak baik tu terpulang pada yg menilai. Dan sebai...