Monday, March 27, 2017

I'm Back!

Assalamualaikum..

Hai semua! (: Lama rasanya pia tak menaip kat blog ni. Pia sekarang dah attach kat Klang. Biasa lah attachment by project. Kali ni Pia attach kat refinery pulak. Alhamdulillah so far semuanya berjalan lancar. Mulanya masa awal-awal Pia nak gerak ke sini, memang berat sangat kaki ni nak melangkah sebab yelah Pia dah rasa selesa sangat duduk dgn family. Tak payah fikir duit nak bayar sewa & duit makan. Lagi satu, before Pia gerak sini, banyak benda tak settle lagi. Tapi tu lah, still kena juga datang sini. Tuntutan kerja katanyaaaa.

Cakap pasal kerja, Pia dah setahun empat bulan berkhidmat dengan Perkin Elmer sebagai Product Specialist. Sebenarnya Pia tak pernah rasa position product specialist tu sesuai dgn Pia. Iya lah, product specialist utk NIR machine, maknanya org expect kau tu tahu everything from A to Z tentang NIR machine. Tapi sebenarnya kau sangatlah kurang ilmunya. Ermm tapi takpe juga. Sbb from day to day, terlalu byk yg Pia dapat belajar. Molecular specialist pia cakap, sebenarnya apa yg pia pernah belajar kat uni dulu tu sgtlah sikit berbanding sekarang. Dia kata, even kadang yg ambil master pun, dorg fokus pada research & project nak settle.

Awalnya masa pia dapat position ni, terasa mcm apa lah yg Pia buat ni. Pia tahu konsep. Tapi terlalu banyak term & item yg baru. Kalau dulu masa belajar kat universiti cuma belajar theories & ada sikit practical, skrg ternyata jauh berbeza. Pia rasa beruntung belajar kat UiTM sbb boleh hands on instrument yg mak ai beratus ribu tanpa gangguan lab assistant lepas dorg explain mcm mana nak guna. Masa final year project, macam instrument tu ana yg punyaaa! Lagi lah Pia guna masa tu ICP-OES kat makmal pasca siswazah. Wohoooo sangatlah free makmal tu. Pia bertapa lama dalam tu kadang sampai lewat malam semata-mata nak settle FYP tu. What to dooo. Hehe.Sekarang ni otak kena laju berfikir & kerja kena consistent.

Ramai kawan Pia yg tanya Ok tak kerja dgn Perkin Elmer? Seronok sebenarnya. Bab kerja,kena selalu follow up dgn boss kalau kau rasa tak tahu. Mmg rasa bodoh kadang tanya soalan macam org tak pernah belajar spectroscopy. Pia selalu je rasa mcm tu sbb Pia ni dulu masa belajar kat uni, subjek Analytical Spectroscopy lah yg Pia paling xboleh score. Lulus cukup makan. Uhuk! ):

Lagi, kalau bab gaji, Pia boleh cakap yg alhamdulillah (: . Bab gaji ni it's all about how u manage your money. Bukan soal sikit atau banyak. Kalau cakap pasal sikit, mcm mana org gaji basic 1k pun boleh survive duduk kat KL tu kannn. Cuma yela, dugaan tu kita yg rasa. Setiap org dugaannya berbeza. Pia doakan kita semua dipermudahkan urusan. In shaa Allah. Pia pun before dpt merasa semua ni, gaji pia RM750 pun Pia pernah rasa. Tapi masa tu cukup je pulak. Siap boleh beli satu tudung sugarscarf. Gila tak pia? Hehe sbb masa tu tengok cantik sgt org pakai. Perasaan tak boleh dibendung :p . Duduk Shah Alam pulak masa tu. Dugaan makann sedap sana sini & butik keliling. tschhhh! Tapi semua tu kuasa Dia. Dia yg bantu kita. So dalam senang, dalam susah, jgn lupa Dia je. Walaupun kita ni tak baik. Biarlah org cakap kita apa sekalipun. Yg penting, Dia tahu. 

Okay, sampai sini dulu. ada banyak pia nak kongsi memandangkan lama pia tak ber-blog. tapi, Pia kena stop dulu sbb ada kerja.  xoxo! 

Wassalam




No comments:

Post a Comment

Dari Hati ke Hati.

Assalamualaikum.. Berkata tentang hati, semua manusia punya hati *cehh ayat. Baik ke tak baik tu terpulang pada yg menilai. Dan sebai...