Tuesday, March 28, 2017

DIY Face Oil. Berkesan ke?

Assalamualaikum..

Hai semua! Hari ni Pia sempat je nak taip entry sbb Pia takda sample hari ni. Tapi ada lah kerja sikit-sikit Pia kena settle. Takda lah Pia tercongok je kan hari ni? Sebelum Pia nak cerita ni, Pia nak pesan awal-awal. Pia bukan nak angkat bakul sendiri tau? Semuanya benar. Hehe.Pengalaman Pia.

Okay? Apa tu Face Oil? Kalau dalam bahasa mudah Pia lah kan.. Minyak muka! Eh macam translate jadi bahasa melayu je. Hehe. taklah. Sebenarnya face oils ni minyak yg digunakan untuk wajah kita. Means kulit muka kita. Semua org nak rasa jadi flawless & berseri-seri kan? Lagi-lagi kita ni perempuan. So, apa guna face oil ni?

Kalau korang rajin nak google, banyak je info pasal face oil atau macam-macam facial product. Tapi apa yg pia nk kongsi ni pengalaman Pia sendiri lah. Dulu masa zaman sekolah, kulit muka pia takda masalah pun. Orang kata kalau kita suka makan kacang, nanti jerawat naik. Pia tak pedulikan pun semua tu, makan jelah. Takda pulak masalah jerawat. Kalau ada jerawat tu, dua tiga hari dah settle. bekas pun takda. Tapi sejak tahun lepas (masa umur 25 tahun), naik jerawat kat dahi. Tangan pulak gatak nak picit walaupun jerawat tu tak masak lagi. Geram tahu tak? Pastu amik lah bekas-bekas jerawat kat dahi. Lambat pulak tu nak hilang. Uwekkkk ! )':

Pia pun google lah product apa yg ok untuk jerawat ni. So pia pun guna lah product sekian sekian. Sekali tak jalan pun. Bengangnya Pia. Makin menjadi-jadi pulak Pia fikir masa tu mungkin kulit muka pia tak sesuai dgn produk tu. So, Pia stop guna. Kalau tengok cermin rasa down je tgok jerawat kat dahi ni walaupun xlah nampak sgt. Tapi, yela dr asal xda jerawat, kita kecewa laaaaah ):

Dalam pada Pia stop guna any facial product, Pia google macam mana nak hilangkan kesan jerawat guna bahan organik. So there we gooo! Pia start guna tea tree oil dulu sebab Pia ada baca yg tea tree oil ni boleh kecutkan jerawat. Pia pun guna. Mmg betul pun. Kalau hari ni Pia perasan Eh naik jerawat merah, Pia apply je tea tree oil, esoknya dia dh terbit mcm nanah dh. Xjadi jerawat. Tapi tu lah, still berbekas bila dia kering. Tapi bekas parut dia xla mcm parut jerawat. Warna dia pudar sikit. but still berbekas kan. Haihhh camno tu?

So Pia pun tanya encik google lagi. Pia find out macam-macam oil kita boleh guna.Tapi yg Pia cari on that time cuma Jojoba oil, Argan oil & Rosehip oil. Sbb Pia baca byk kebaikan apply minyak-minyak ni kat muka. So, Pia order la deme-deme ni. Hahaha. Bermulalah episod Pia bersama oils!

Okay, dapat je parcel, Pia mmg xsabar nak guna. Tapi, of course Pia mesti tertanya eh bau dia mcm mana agaknya? Bau argan oil & rosehip oil pelik sikit. Tapi takda lah busuk. Jojoba oil odorless. So, since dia organic, Pia lantak kan je lah bau tu. Okayy for the first time use, pia just guna 2 drops argan oil & 2 drops rosehip oil. Pia apply waktu malam sebelum tido.

Bangun pagi tu rasa mcm magic betul! Sbb kulit muka rasa segar & rasa lembut sangat-sangat! Pia ni ada masalah kulit kering tau. Tapi bila try, mmg xrasa kering langsung & tak berminyak walaupun apa yg Pia apply sebenarnya minyak-minyak belaka. Since that, Pia apply everydayyyy. Macam everyday is a must!

Ok, boleh tak someone yg jenis kulit berminyak apply kat skin diorang? Rasa-rasa boleh tak? teka lah. :)

Jawapannya boleh. sebab?

Sebab, kalau kita belajar Sains, minyak tak boleh larut kan dalam air? mcm tu juga lah kulit kita sebenarnya. Bila kita apply minyak kat muka kita, minyak akan serap dalam kulit dan elakkan kelembapan kulit kita dari terbebas. Plus, ada antioxidant lg. Jadi, terselamat lah kulit kita. Banyak kebaikan minyak-minyak ni sebenanrnya cuma nanti Pia share dalam next post pia ya? Sbb pia dah nak balik kerja sekejap lagi.

Berbalik pada testimoni Pia sendiri. Last month kawan Pia kawin. So, pia pergi lah wedding dia. Kawan dalam kampung juga. Masa tengah makan, ada yang tergur Pia makin cantik. Sbb sorg je tegur, Pia mcm tak lah kembang sangat sebab mungkin saja lah orang kata modal nak mula berborak kan? kawan lama time sekolah pulak. Dekat 10 tahun tak jumpa. 

Okayy lepastu Pia nk jumpa pengantin lah nak amik gambar. Masa nak amik gambar tu, kebetulan ada lg schoolmates nak ambil gambar sama-sama sekali ngn pengantin. Pia masa tu pakai baju kurung lama je. Sbb pia byk dress yg ala2 jubah tu. Nk pakai mcm melawa sgt pulak. Hmm. Pastu sorg demi sorg tegur Pia berserinya skrg.. dah nak kahwin ke? 

Pia ada share Pia guna argan oil & tea tree utk kecutkan jerawat kat instagram masa tu (Pia dah delete). Terus diorg komen kat bawah tu "Ooo ni lah rahsia kau ye pia?" . ada yg tanya jual tak? Pastu ada yg wsap personal cakap "Eh tadi ema & aisyah ada ckap kat aku cantiknya pia skrg.". Apa lagi, berbunga-bunga lah kitaaaaaa. 

Ada lagi! Pia baru je tak jumpa kawan Pia dalam dekat 3 minggu camtu. Dia kata "Eh dah kurang sgt hitam bawah mata tu." Pia just jawab tempat kerja skrg xberapa penat sgt. Walhal, pia xboleh tdo malam sebelum jumpa dia dek kerana oh costa coffee!

Tujuan Pia cerita ni bukan sbb nak cakap Pia ni cantik atau nak angkat bakul. Tak. cuma pia nak kongsi lah dgn korg smua yg kita ni sebenarnya boleh je pakai bahan organik untuk cantik. Walaupun effect dia tak nampak immediately. Yg penting, selamat utk kulit muka kita. Sekarang ni bukan takda jerawat. Ada ja. Sbb masalah pia ni susah sgt nak minum air. Sbb tu toksin kt bdn tu susah nk keluar >.<!! . So dah dekat 5 bln Pia guna semua minyak tu dan tak habis-habis pun. 

Jojoba oil tu pia guna bila balik kerja, pia guna as makeup remover. Tapi Pia bkn makeup sgt pun. Pia just pakai foundation, bedak & lip matte je. Sbb pia xpandai makeup. Kadang kalau rajin, lukis kening sikit. tu pun xreti jugak. & one more, Pia xsuka beli makeup sebenarnya. That's why :D .

Tapi kalau tgok ada org share sebelum pakai foundation & bedak, try apply argan oil. Memang jadi sekata je bila kita pakai  foundation & bedak lepas tu. 

Hehe. teruja tak? Pia share je, boleh lah cubaaaaa! :) . 

Ok lah pia nak bersiap untuk balik.. Kematu dah ni. 

xoxo! ^_^

Wassalam.

lots of love,
Pia






No comments:

Post a Comment

Make up. Perlu ke?

Assalamualaikum.. Hai semua, buat apa tu korang? Pia tak sihat beberapa hari lepas. Hari ni dah ok sikit. Bangun pagi terus mengemas, b...