Thursday, March 30, 2017

Down My Memory Lane..Beauty and The Beast

Assalamualaikum..

Hai korang! (: Sihat tak? Pia sihat alhamdulillah. Cuma Pia baru lepas outstation, jadi Pia mcm penat sikit. Tapi.. penat Pia terubat bila balik je dari sana, Pia terus pi tengok movie yg korang semua tunggu-tunggu. Beauty and The Beast!. Mood Pia totally change hari ni dek kerana movie tu tau! Pia mmg suka tgok movie fairy tale and cartoon animation. Sbb, selalunya, movie genre mcm ni tak mengecewakan Pia. Kalau movie mcm mengecewakan sikit pun, semua tu terubat dgn watak-watak diorg dalam tu. So, I don't mind. (: 

Berapa bintang Pia nak bagi? Hehe Pia bagi 4.7 bintang! sebab, pada Pia, alaaaa hero tu boleh lagi handsome! Haha. Seriously, masa tengok movie ni. i felt like gleeing all the way throughout the movie. Rasa nak nyanyi sama-sama. Semua org dalam wayang pun full with emotion. Time sweet pun awwwww sama-sama. 

Lagi, Emma Watson sangat-sangatlah cantik tau! Rasa mcm girl crush sangat! Nah Pia bagi tengok sikit. Sbb Pia malas nk download banyak-banyak. All the setting smua cantik. Haihhh rasa mcm nak pergi sana tau! Sepanjang movie tu, Pia letak diri dalam watak Belle. Bestnya jadi cantik & finally your fearless bring you to happiness and live your life happily ever after. Awwwwww... (':

Nah gambar! 




Isn't she's lovely?


Ok korang, Pia nak cari lunch. Lapar sgt dari semalam ni tak menjamah nasi. Subway je guys. What an hectic day it was.

Wassalam

xoxo,
Pia

Wednesday, March 29, 2017

Cat's Signature, Bangi

Assalamualaikum..

Hi Guys! Last week Pia teman kawan visit aunty dia kat Bangi. Pia ada kawan juga kat area Bangi tu. So, memandangkan roommate dia balik kampung, dia kebosanan. So kita hang out sekali. Ya lah, mak kawan Pia, bila jumpa adik dia, 3 jam xhenti borak :D. Bila kami dah settle hang out pun, mak dia still masih bercakap. & sepupu kawan Pia tu bila kitorg sampai je, dia cakap "OMG akak, aunty is still non-stop talking in 3 hours!" Haha :D actually baru lepas balik travel Spain-Morocco. Hmmm that's why~~~. 

So, kitorg mulanya tak tahu nak lepak mana. Ingat xpelah, alang-alang teringin sushi, we decided to go to Sushi King kat Bangi Gateaway ja. Tiba-tiba, as usual lah Mira, last minute baru ingat ~~ "korg, kita ada satu kedai sushi baru kat seksyen 6, konichiwa cafe". So, Pia pun tgok some reviews dulu before pergi sana. Hmmm bila sampai, suasana sunyi. Alahaiiii xboleh lah kita nk gelak kuat. So, kita just beli sushi roll & minum je. So, xboleh nak kasi korg review lagi. 

Lepastu masa tgh makan kt situ. baru lah Mira cakap lg ada cafe kucing kat area situ. Haiiii lah si Mira ni. Kitorg pun pi lah sana. Sbb masing-masing suka kucing, kita tengok kucing dulu. Ok, adult per person RM 10 yaaa! 

Gambar banyak pada kawan. Pia pun tak sempat nak snap gambar banyak-banyak dek kerana kucing semuanyaaaaaa comel! So, Pia umbrella lah gambar kat sana yg tak berapa banyak. 

Pia comel ke kucing yg comel? which one? Hihi kidding :D

Heyyy Mira with me! Dulu dia tak suka sgt dgn kucing. Sekarang...~~ hmm cat's lover

Pia lagi ... XD

& Pia lagi .. :'D

Okayyyy, comel kannn? Okay guys, sampai sini ja pia share dulu. Jumpa lagi di next entry! (:


Wassalam


xoxo,
Pia

Tuesday, March 28, 2017

DIY Face Oil. Berkesan ke?

Assalamualaikum..

Hai semua! Hari ni Pia sempat je nak taip entry sbb Pia takda sample hari ni. Tapi ada lah kerja sikit-sikit Pia kena settle. Takda lah Pia tercongok je kan hari ni? Sebelum Pia nak cerita ni, Pia nak pesan awal-awal. Pia bukan nak angkat bakul sendiri tau? Semuanya benar. Hehe.Pengalaman Pia.

Okay? Apa tu Face Oil? Kalau dalam bahasa mudah Pia lah kan.. Minyak muka! Eh macam translate jadi bahasa melayu je. Hehe. taklah. Sebenarnya face oils ni minyak yg digunakan untuk wajah kita. Means kulit muka kita. Semua org nak rasa jadi flawless & berseri-seri kan? Lagi-lagi kita ni perempuan. So, apa guna face oil ni?

Kalau korang rajin nak google, banyak je info pasal face oil atau macam-macam facial product. Tapi apa yg pia nk kongsi ni pengalaman Pia sendiri lah. Dulu masa zaman sekolah, kulit muka pia takda masalah pun. Orang kata kalau kita suka makan kacang, nanti jerawat naik. Pia tak pedulikan pun semua tu, makan jelah. Takda pulak masalah jerawat. Kalau ada jerawat tu, dua tiga hari dah settle. bekas pun takda. Tapi sejak tahun lepas (masa umur 25 tahun), naik jerawat kat dahi. Tangan pulak gatak nak picit walaupun jerawat tu tak masak lagi. Geram tahu tak? Pastu amik lah bekas-bekas jerawat kat dahi. Lambat pulak tu nak hilang. Uwekkkk ! )':

Pia pun google lah product apa yg ok untuk jerawat ni. So pia pun guna lah product sekian sekian. Sekali tak jalan pun. Bengangnya Pia. Makin menjadi-jadi pulak Pia fikir masa tu mungkin kulit muka pia tak sesuai dgn produk tu. So, Pia stop guna. Kalau tengok cermin rasa down je tgok jerawat kat dahi ni walaupun xlah nampak sgt. Tapi, yela dr asal xda jerawat, kita kecewa laaaaah ):

Dalam pada Pia stop guna any facial product, Pia google macam mana nak hilangkan kesan jerawat guna bahan organik. So there we gooo! Pia start guna tea tree oil dulu sebab Pia ada baca yg tea tree oil ni boleh kecutkan jerawat. Pia pun guna. Mmg betul pun. Kalau hari ni Pia perasan Eh naik jerawat merah, Pia apply je tea tree oil, esoknya dia dh terbit mcm nanah dh. Xjadi jerawat. Tapi tu lah, still berbekas bila dia kering. Tapi bekas parut dia xla mcm parut jerawat. Warna dia pudar sikit. but still berbekas kan. Haihhh camno tu?

So Pia pun tanya encik google lagi. Pia find out macam-macam oil kita boleh guna.Tapi yg Pia cari on that time cuma Jojoba oil, Argan oil & Rosehip oil. Sbb Pia baca byk kebaikan apply minyak-minyak ni kat muka. So, Pia order la deme-deme ni. Hahaha. Bermulalah episod Pia bersama oils!

Okay, dapat je parcel, Pia mmg xsabar nak guna. Tapi, of course Pia mesti tertanya eh bau dia mcm mana agaknya? Bau argan oil & rosehip oil pelik sikit. Tapi takda lah busuk. Jojoba oil odorless. So, since dia organic, Pia lantak kan je lah bau tu. Okayy for the first time use, pia just guna 2 drops argan oil & 2 drops rosehip oil. Pia apply waktu malam sebelum tido.

Bangun pagi tu rasa mcm magic betul! Sbb kulit muka rasa segar & rasa lembut sangat-sangat! Pia ni ada masalah kulit kering tau. Tapi bila try, mmg xrasa kering langsung & tak berminyak walaupun apa yg Pia apply sebenarnya minyak-minyak belaka. Since that, Pia apply everydayyyy. Macam everyday is a must!

Ok, boleh tak someone yg jenis kulit berminyak apply kat skin diorang? Rasa-rasa boleh tak? teka lah. :)

Jawapannya boleh. sebab?

Sebab, kalau kita belajar Sains, minyak tak boleh larut kan dalam air? mcm tu juga lah kulit kita sebenarnya. Bila kita apply minyak kat muka kita, minyak akan serap dalam kulit dan elakkan kelembapan kulit kita dari terbebas. Plus, ada antioxidant lg. Jadi, terselamat lah kulit kita. Banyak kebaikan minyak-minyak ni sebenanrnya cuma nanti Pia share dalam next post pia ya? Sbb pia dah nak balik kerja sekejap lagi.

Berbalik pada testimoni Pia sendiri. Last month kawan Pia kawin. So, pia pergi lah wedding dia. Kawan dalam kampung juga. Masa tengah makan, ada yang tergur Pia makin cantik. Sbb sorg je tegur, Pia mcm tak lah kembang sangat sebab mungkin saja lah orang kata modal nak mula berborak kan? kawan lama time sekolah pulak. Dekat 10 tahun tak jumpa. 

Okayy lepastu Pia nk jumpa pengantin lah nak amik gambar. Masa nak amik gambar tu, kebetulan ada lg schoolmates nak ambil gambar sama-sama sekali ngn pengantin. Pia masa tu pakai baju kurung lama je. Sbb pia byk dress yg ala2 jubah tu. Nk pakai mcm melawa sgt pulak. Hmm. Pastu sorg demi sorg tegur Pia berserinya skrg.. dah nak kahwin ke? 

Pia ada share Pia guna argan oil & tea tree utk kecutkan jerawat kat instagram masa tu (Pia dah delete). Terus diorg komen kat bawah tu "Ooo ni lah rahsia kau ye pia?" . ada yg tanya jual tak? Pastu ada yg wsap personal cakap "Eh tadi ema & aisyah ada ckap kat aku cantiknya pia skrg.". Apa lagi, berbunga-bunga lah kitaaaaaa. 

Ada lagi! Pia baru je tak jumpa kawan Pia dalam dekat 3 minggu camtu. Dia kata "Eh dah kurang sgt hitam bawah mata tu." Pia just jawab tempat kerja skrg xberapa penat sgt. Walhal, pia xboleh tdo malam sebelum jumpa dia dek kerana oh costa coffee!

Tujuan Pia cerita ni bukan sbb nak cakap Pia ni cantik atau nak angkat bakul. Tak. cuma pia nak kongsi lah dgn korg smua yg kita ni sebenarnya boleh je pakai bahan organik untuk cantik. Walaupun effect dia tak nampak immediately. Yg penting, selamat utk kulit muka kita. Sekarang ni bukan takda jerawat. Ada ja. Sbb masalah pia ni susah sgt nak minum air. Sbb tu toksin kt bdn tu susah nk keluar >.<!! . So dah dekat 5 bln Pia guna semua minyak tu dan tak habis-habis pun. 

Jojoba oil tu pia guna bila balik kerja, pia guna as makeup remover. Tapi Pia bkn makeup sgt pun. Pia just pakai foundation, bedak & lip matte je. Sbb pia xpandai makeup. Kadang kalau rajin, lukis kening sikit. tu pun xreti jugak. & one more, Pia xsuka beli makeup sebenarnya. That's why :D .

Tapi kalau tgok ada org share sebelum pakai foundation & bedak, try apply argan oil. Memang jadi sekata je bila kita pakai  foundation & bedak lepas tu. 

Hehe. teruja tak? Pia share je, boleh lah cubaaaaa! :) . 

Ok lah pia nak bersiap untuk balik.. Kematu dah ni. 

xoxo! ^_^

Wassalam.

lots of love,
Pia






Monday, March 27, 2017

I'm Back!

Assalamualaikum..

Hai semua! (: Lama rasanya pia tak menaip kat blog ni. Pia sekarang dah attach kat Klang. Biasa lah attachment by project. Kali ni Pia attach kat refinery pulak. Alhamdulillah so far semuanya berjalan lancar. Mulanya masa awal-awal Pia nak gerak ke sini, memang berat sangat kaki ni nak melangkah sebab yelah Pia dah rasa selesa sangat duduk dgn family. Tak payah fikir duit nak bayar sewa & duit makan. Lagi satu, before Pia gerak sini, banyak benda tak settle lagi. Tapi tu lah, still kena juga datang sini. Tuntutan kerja katanyaaaa.

Cakap pasal kerja, Pia dah setahun empat bulan berkhidmat dengan Perkin Elmer sebagai Product Specialist. Sebenarnya Pia tak pernah rasa position product specialist tu sesuai dgn Pia. Iya lah, product specialist utk NIR machine, maknanya org expect kau tu tahu everything from A to Z tentang NIR machine. Tapi sebenarnya kau sangatlah kurang ilmunya. Ermm tapi takpe juga. Sbb from day to day, terlalu byk yg Pia dapat belajar. Molecular specialist pia cakap, sebenarnya apa yg pia pernah belajar kat uni dulu tu sgtlah sikit berbanding sekarang. Dia kata, even kadang yg ambil master pun, dorg fokus pada research & project nak settle.

Awalnya masa pia dapat position ni, terasa mcm apa lah yg Pia buat ni. Pia tahu konsep. Tapi terlalu banyak term & item yg baru. Kalau dulu masa belajar kat universiti cuma belajar theories & ada sikit practical, skrg ternyata jauh berbeza. Pia rasa beruntung belajar kat UiTM sbb boleh hands on instrument yg mak ai beratus ribu tanpa gangguan lab assistant lepas dorg explain mcm mana nak guna. Masa final year project, macam instrument tu ana yg punyaaa! Lagi lah Pia guna masa tu ICP-OES kat makmal pasca siswazah. Wohoooo sangatlah free makmal tu. Pia bertapa lama dalam tu kadang sampai lewat malam semata-mata nak settle FYP tu. What to dooo. Hehe.Sekarang ni otak kena laju berfikir & kerja kena consistent.

Ramai kawan Pia yg tanya Ok tak kerja dgn Perkin Elmer? Seronok sebenarnya. Bab kerja,kena selalu follow up dgn boss kalau kau rasa tak tahu. Mmg rasa bodoh kadang tanya soalan macam org tak pernah belajar spectroscopy. Pia selalu je rasa mcm tu sbb Pia ni dulu masa belajar kat uni, subjek Analytical Spectroscopy lah yg Pia paling xboleh score. Lulus cukup makan. Uhuk! ):

Lagi, kalau bab gaji, Pia boleh cakap yg alhamdulillah (: . Bab gaji ni it's all about how u manage your money. Bukan soal sikit atau banyak. Kalau cakap pasal sikit, mcm mana org gaji basic 1k pun boleh survive duduk kat KL tu kannn. Cuma yela, dugaan tu kita yg rasa. Setiap org dugaannya berbeza. Pia doakan kita semua dipermudahkan urusan. In shaa Allah. Pia pun before dpt merasa semua ni, gaji pia RM750 pun Pia pernah rasa. Tapi masa tu cukup je pulak. Siap boleh beli satu tudung sugarscarf. Gila tak pia? Hehe sbb masa tu tengok cantik sgt org pakai. Perasaan tak boleh dibendung :p . Duduk Shah Alam pulak masa tu. Dugaan makann sedap sana sini & butik keliling. tschhhh! Tapi semua tu kuasa Dia. Dia yg bantu kita. So dalam senang, dalam susah, jgn lupa Dia je. Walaupun kita ni tak baik. Biarlah org cakap kita apa sekalipun. Yg penting, Dia tahu. 

Okay, sampai sini dulu. ada banyak pia nak kongsi memandangkan lama pia tak ber-blog. tapi, Pia kena stop dulu sbb ada kerja.  xoxo! 

Wassalam




Dari Hati ke Hati.

Assalamualaikum.. Berkata tentang hati, semua manusia punya hati *cehh ayat. Baik ke tak baik tu terpulang pada yg menilai. Dan sebai...