Monday, August 14, 2017

Dari Hati ke Hati.

Assalamualaikum..


Berkata tentang hati, semua manusia punya hati *cehh ayat. Baik ke tak baik tu terpulang pada yg menilai. Dan sebaik-baik penilaian tu sesunggunya bukan dari kita. 

Diam tak diam dah bulan Ogos. Dah pertengahan dah pun. Syukur alhamdulillah project Pia kat Kulim ni berjalan lancar. In shaa Allah September nanti settle. Seronok sebenarnya bila fikir balik perjalan Pia selama bekerja dgn Perkin Elmer. Walaupun pergi ke sana ke mari atas urusan kerja; bukannya berjalan makan angin, byk pengalaman Pia dapat. & tempat yg Pia attach so far semua offer Pia kerja dgn diorg. Bukan taknak, tapi Pia nak mantapkan apa yg Pia ada sekarang dgn company skrg. Tak mudah Pia rasa untuk sesiapa yg seangkatan dgn Pia nk get a long dgn scientist, product specialist & expertise. Aku bukan siapa siapa :( . So, Pia nk guna peluang ni untuk grab the knowledge sebanyak mungkin.

Lepasni Pia tak sure lagi akan dihantar ke mana. Tapi, dah dgr desas desus dah dari boss. Kalau betul lah, ini dah dua kali Pia rasa kebetulan tu terjadi. Satu, masa pia sepatutnya transfer dr Klang, & satu lagi, sekarang.. Pia tak tahu apa Allah nak aturkan untuk Pia sebenarnya. Tapi Pia harap, semoga semuanya baik-baik saja. Pia doa hari-hari agar dijauhkan. Tapi, takdir yg tertulis, bukan Pia yg minta. Moga ada hikmahnya nanti. Beberapa hari ni perasaan ni berdebar-debar je. Ya Rabbi, moga bukan petanda tak baik. Nampak tak sekarang fungsi hati tu? awal-awal lagi dah dpt rasa. Doa jelah yg terbaik. 

Selama Pia rasa berdebar beberapa hari ni, Pia teringatkan dia. Actually selalu je ingt. Selalu mendoakan. Tapi rasa tu tak sekuat ni. Kali ni betul-betul rasa mcm ada yg nak disampaikan tapi tak sampai. Pia doa beberapa hari ni masa hujan.. Moga dpt mimpi apa yg dia nk bagitahu Pia sebenarnya? Pia percaya apa yg Pia rasa, dia rasa skrg ni. Cuma dia xboleh nak get thru Pia waktu ni.

Untuk awak, Pia selalu mendoakan awak. Pia xtipu. Pia selalu doakn urusan awak dimudahkn tiap-tiap hari, & awak bahgia kat sana. Pia tahu awak akan cari Pia jugak.sbb mmg itu yg selalu awak buat. Cuma, Pia minta maaf. Selama mana awak cari Pia, Pia xendah. Bukan sbb Pia xkisah. Tapi Pia kena jaga hati & perasaan org yg sygkan kita. & Pia nak jaga hati Pia dari luka yg masih tak sembuh lagi. Bertahun dah berlalu. Tapi smua tu masih segar dalam ingatan. Pia xmeluahkan sbb terlalu sakit untuk diluah walaupun awak nak dgr sgt apa yg Pia rasa waktu tu. Sumpah Pia sedih. Tapi, Pia mmg xboleh tunjuk kat awak sakit Pia tu terlalu dalam sampai Pia tak mampu nak pandang awak saat awak tanya semua tu. Sbb Pia berkorban untuk kebahgiaan awak jugak. Pesan Pia, jaga diri awak kat sana. Pia tak henti berdoa awak bahgia & berjaya kat sana. 

Pia ni mcm terbeban dgn satu kesalahan yg diletak atas bahu Pia sorg. Pia diamkan semua tu bkn sbb Pia mengiakan semuanya yg terjadi. Cuma diam Pia ni satu hal yg besar utk Pia tanggung. Pia nak awak tahu, meskipun awak tak nampak semua tu pun satu hari nanti, semua Pia buat demi nak pulihkan keadaan & pastikan awak bahgia kt sana walaupun hati Pia ni pedih memendam kat sini sorang-sorang.

uhuk, emo pulak tetiba ye.. taklah, Pia okayyy. Pia nk solat.


Wassalam.

Friday, April 21, 2017

Make up. Perlu ke?

Assalamualaikum..

Hai semua, buat apa tu korang? Pia tak sihat beberapa hari lepas. Hari ni dah ok sikit. Bangun pagi terus mengemas, basuh baju, menyapu.. Haihh bestnya dapat berpeluh mcm ni. Kalau tak, hari-hari bawah aircond buat kerja tak habis-habis.

Cerita pasal make up, Pia actually tak pernah make up mcm yg maksudnya pandai make up. Haha. Cuma pandai pakai foundation, bedak baby & lipstick gitu jela. Memang jenis yg tak berani nak pakai lipstick merah, lukis kuning beriya-iya, compact powder pun pakai kalau nak touch up muka dah serabai sangat. :D 

Lepas pia mengemas pagi tadi, pia bosan.. Scroll intstagram tengok lawanyaaaa lah tengok orang yg pandai make up ni. Apa yg buat pia menjauhi make up salah satunya sbb masa pia try pakai foundation lain, terus muka naik jerawat. Lagi-lagi kat dahi susah hilang bekas jerawat. Stress betul. Sejak tu, lg lah pia tak pakai terus foundation bagi jerawat ok & just guna argan oil biar bedak tu bertahan lah sikit melekap kat muka.

So, pia saja la buka youtube tengok simple make up tutorial. Amboi simple pun byk tu kena apply. concealer, foundation,contour ,blusher,lukis eyebrow..  phewwww tepuk dahi. Pia, mmg tak rajin dgn semua tu. Selalu keluar, just apply argan oil, then foundation, bedak, lipstick colet colet bagi tak nampak pucat ja. :D. Tapi... Pia x bash okay org yg suka make up. It just that pia yg xreti & xrajin nak cuba.

Pia guna je apa yg pia ada. Pia takda concealer, xda contour, Tapi, bagi pia hasilnya bolehlah utk first-timer. Kasi akak chance lah! :D :D

OK pia share gambar . Tadaaaaa!




Okay lah, pia nak gerak pergi wedding. Sampai ketemu di next entry !


Wassalam,

xoxo,
Pia

Tuesday, April 18, 2017

Lunch di Jibby East, Taman Melati.

Assalamualaikum..

Apa khabar korang? Pia tak sihat hari ni. Demam berjangkit dari kawan tempat kerja. Tapi pia dtg je kerja sbb rasa masih boleh buat kerja lagi. Takda lah sampai tak larat.

Last Sunday, Pia pergi Jibby East kat Taman Melati, KL. Alkisahknya nak celebrate birthday kawan tu kat tempat lain. Last-last plan tak menjadi, kita gi Jibby East sbb birthday girl teringin pergi sana. Dia mmg suka sgt explore tempat makan baru.  Kami pun ikutkan je lah. (:

Masa masuk je dah nampak dah mural bunga kat luar tu cantik sangat! Bila masuk tu interior design dia pun cantik. Sesuai lah awak-awak kalau nak spend time lunch dgn yg tersyg kat sini. Tapi tempat duduk mcm limited jugak sebenarnya. Masa kami dtg pun, kami kena duduk kat meja panjang kat tengah. Kalau ramai-ramai tu confirm menyampuk org sebelah berbual :D

So, kami pun belek-belek menu & order. Alaaaa, pia tak ingat sangat apa nama menu ayam tu. Tapi seriously sedap! Puas hati lah with that price.



Pia share lah dgn korang gambar kat sana. Tapi tak lah byk sgt. Korg haruslah dtg & make sure ada lah budget lebih RM 50 per person dalam tangan :) . Sekali sekala, reward yourself.

Nah gambar :






Birthday girl yg baju maroo  tu! Eh Pia & Mira ntah mcm mana pakai baju color sama. Nasib tudung tak sama! sbb pia ada terfikir nak pakai tudung bawal tu juga cuma tukar fikiran last minute sbb sugarscarf tu harap beli je tak dipakai-pakai lebih setahun dah.. :p 

Okayyyy, korang datang lah kalau berkesempatan. Sekian.


Wassalam.

xoxo,
Pia

Wednesday, April 12, 2017

Jalan-jalan Melaka

Assalamualaikum..

Hai guys, sihat tak? Pia alhamdulillah sihat cuma lately Pia busy. Boss pun kerja yg dah jadi harta karun pun baru la nak mintak. Pastu nak urgent. Tapi pia ni sejenis yg tak suka kelam kabut sgt sbb tahu nanti ada je yg silap sana sini. Pia dah bagi dia seminggu lepas taw. Dorg tak check ke apa pia tak tahu. Pastu baru la bagitahu minggu ni sbb customer dah whatsapp kat group whatsapp nak consumable list bagai. Pia tak tahu kenapa dia nak mintak calibration models yg takda kaitan dgn project kat Sabah tu. Pia dh agak dh bila customer whatsapp confirm benda ni jadi huru hara. Pia pun malas nak ikutkan huru hara diorg, Pia buat jela mcm biasa. Cuma pia nak pastikan sebelum pia send kat diorg semua models tu, the models was exactly the same. Taknak ada isu in future nanti. Tapi the problem is line internet kat sana mcm apaaaaaa je.Pia tunggu dari pagi sampai pukul 5 baru pia boleh send kat bos. Tu pun image. Models file besar pia suruh send malam je guna personal punya wifi. Kesian diorg terpaksa la pia mintak tolong. 

Okay, Pia dah lari tajuk dah tu. Actually minggu lepas pia tak plan pun nk berjalan-jalan sbb pia mcm dah over spending dek kerana syok cimb clicks pia dah okay. Tapi still ada duit saving kat bank lain. So, pia fikir on wednesday tu adik pia dah nak habis midterm break, anak buah pulak hujung minggu ni dia boleh outing. Pia btau kawan pia yg pia nak bawa adik & ank buah jalan Melaka. Tp jalan-jalan santai-santai jela. Sbb pia tak suka kelam kabut nak konon-konon okayyyy tempat ni dah unlock. Dah mcm ada tour itenary pulak rasa nanti. Macam ada tentative masa. Tak suka. Kawan pia tiba-tiba nak ikut. Lepastu dia pulak yg excited lebih. Tapi terpaksa tunggu dia habis kerja hari sabtu. Walaupun halfday, pukul 3 baru kita gerak. Yela, nak tunggu dia bersiap nak kemas barang lagi. Oh well, gurlssss katanya. 

So kita gerak dari Klang hari sabtu, adik pia dah dtg klang hari jumaat lagi. Pastu kitorg gi amik anak buah pia kat Sepang then terus menuju ke melaka. Sampai melaka dah pukul 6 dah sbb banyak kereta betul kat jalan. Sampai-sampai je, kawan pia nak kuih keria antarabangsa. So, gigih la cari.. Sekali dah habis. Sedih dia. So cakap kat dia, kita cari esok lah. Lepastu, kitorang dah start rasa lapar. Terus cari asam pedas. Kita gi Asam Pedas Claypot. Wallahhhh haoliao rasa dia sedap! cuma sebenarnya, pia pernah makan yg lagi kaw! cuma asam pedas kedai ni consider sedap jugak. Pia bagi 4.3/5 star. Hehe.

Then lepas makan, kita terus cari gi bandar melaka. Huhu. sangatlah sesak. nak cari parking je pusing berapa kali lah tak tahu. Dapat parking dekat dengan river cruise. Kitorg pun naik river cruise tu. RM 16 sorg taw. Pada pia lah, better pergi malam river cruise ni. Sbb pertama, sejuk lah sikit. Nyaman je rasa. Sbb kedua, Pemandangan lampu-lampu sangatlah cantik. Lagi-lagi sebelah sungai melaka tu ada cafe-cafe. Yg betul-betul tepi sungai. Seriously best tgok org sambut birthday, & even ada yg propose! Sweet sangat! 

Lepastu kitorg naik beca. Haha mcm org jakun kan tak pernah naik. Pernah je naik 5 tahun lepas. Tapi siang lah. Ni naik malam lagi seronok sbb sejuk. Hehe. Hello Kitty pulak tu. Then, gi Jonker Walk, jalan-jalan sambil minum air kelapa fresh. Banyak kedai yg interesting kat Melaka ni actually. Pia rasa mcm nak masuk semua kedai. Pia ada beli some souvenirs, jam untuk anak buah & reed diffuser untuk bilik yang wangi. Then, lepas jalan-jalan tu kitorg terus kepenatan yg teruk. Sampai rumah akk pia dah dekat kul 12. Mandi.. solat.. duk borak-borak ntah pukul berapa tertido.

Pagi tu bangun awal pia buat breakfast. ikutkan malas. Tapi ada nasi pulak kat rumah akk tinggalkan. So, pia goreng nasi, & buat teh o. Fresh terus pagi tu walaupun mulanya mata ngantuk. Nak menumbuk rencah pun malas. Potong-potong je semua pastu campak-campak jela. Asal boleh makan :p . So dalam pukul 9.45 kitorg gerak dari rumah akk.. kitorg sampai bandar Melaka in 40 minute cmtu sbb traffic light banyak. Pastu kitorg jalan-jalan A'famosa, muzium kapal, dataran pahlawan, lagi banyaklah! Sampai rasa kaki ni dah nak jem dah. Jalan jugak. Lepas jalan-jalan, kita naik sky tower, the shore ,Melaka. Haa, kalau nak naik sky tower ni better pegi siang sampailah betul-betul nak masuk maghrib. Sbb pia dah pernah pergi malam. Sbb rasa membazir gambar xnampak mana pun. Lepastu, tarikan kat atas tu cuma so called gondola putih tu je dgn pemandangan dr atas bangunan. & it costs RM 25 per person. Bygkan pia belanja anak buah 3 org masa tu (tahun lepas).Kali ni pia belanja adik & anak buah pulak. Haha. sekali sekala apa salahnya kannn.

Lepastu, kitorg terus gegas cari kuih keria antarabgsa. Alhamdulillah tak baris lama sgt. 20 minit je. Sedap! tapi makan terus lepas beli lah. Kalau awak beli hari ni, makan esok.. ermm xberapa best sbb texture & rasa dia dah lain. Lepas beli, kita singgah Pantai Klebang pulak main layang-layang. Kita gerak dr Melaka dalam 4.30. Hmm lepastu faham-faham jelah, jem hari ahad. Solat, hantar anak buah semua dah pukul berapa dah. Pastu hantar adik gi terminal bas nk balik Perlis. Seriously sedih bila hantar diorg. Mcm mak-mak sangat. Agaknya mcm tu lah perasaan mak bila ank semua nak balik jauh. Huhuhu.

Okayyy. Pia share gambar sikit .


















okay guys, pia sakit perut pulak ni. Pia sambung next time! (: 


Wasaalam.

xoxo,
Pia

Thursday, March 30, 2017

Down My Memory Lane..Beauty and The Beast

Assalamualaikum..

Hai korang! (: Sihat tak? Pia sihat alhamdulillah. Cuma Pia baru lepas outstation, jadi Pia mcm penat sikit. Tapi.. penat Pia terubat bila balik je dari sana, Pia terus pi tengok movie yg korang semua tunggu-tunggu. Beauty and The Beast!. Mood Pia totally change hari ni dek kerana movie tu tau! Pia mmg suka tgok movie fairy tale and cartoon animation. Sbb, selalunya, movie genre mcm ni tak mengecewakan Pia. Kalau movie mcm mengecewakan sikit pun, semua tu terubat dgn watak-watak diorg dalam tu. So, I don't mind. (: 

Berapa bintang Pia nak bagi? Hehe Pia bagi 4.7 bintang! sebab, pada Pia, alaaaa hero tu boleh lagi handsome! Haha. Seriously, masa tengok movie ni. i felt like gleeing all the way throughout the movie. Rasa nak nyanyi sama-sama. Semua org dalam wayang pun full with emotion. Time sweet pun awwwww sama-sama. 

Lagi, Emma Watson sangat-sangatlah cantik tau! Rasa mcm girl crush sangat! Nah Pia bagi tengok sikit. Sbb Pia malas nk download banyak-banyak. All the setting smua cantik. Haihhh rasa mcm nak pergi sana tau! Sepanjang movie tu, Pia letak diri dalam watak Belle. Bestnya jadi cantik & finally your fearless bring you to happiness and live your life happily ever after. Awwwwww... (':

Nah gambar! 




Isn't she's lovely?


Ok korang, Pia nak cari lunch. Lapar sgt dari semalam ni tak menjamah nasi. Subway je guys. What an hectic day it was.

Wassalam

xoxo,
Pia

Wednesday, March 29, 2017

Cat's Signature, Bangi

Assalamualaikum..

Hi Guys! Last week Pia teman kawan visit aunty dia kat Bangi. Pia ada kawan juga kat area Bangi tu. So, memandangkan roommate dia balik kampung, dia kebosanan. So kita hang out sekali. Ya lah, mak kawan Pia, bila jumpa adik dia, 3 jam xhenti borak :D. Bila kami dah settle hang out pun, mak dia still masih bercakap. & sepupu kawan Pia tu bila kitorg sampai je, dia cakap "OMG akak, aunty is still non-stop talking in 3 hours!" Haha :D actually baru lepas balik travel Spain-Morocco. Hmmm that's why~~~. 

So, kitorg mulanya tak tahu nak lepak mana. Ingat xpelah, alang-alang teringin sushi, we decided to go to Sushi King kat Bangi Gateaway ja. Tiba-tiba, as usual lah Mira, last minute baru ingat ~~ "korg, kita ada satu kedai sushi baru kat seksyen 6, konichiwa cafe". So, Pia pun tgok some reviews dulu before pergi sana. Hmmm bila sampai, suasana sunyi. Alahaiiii xboleh lah kita nk gelak kuat. So, kita just beli sushi roll & minum je. So, xboleh nak kasi korg review lagi. 

Lepastu masa tgh makan kt situ. baru lah Mira cakap lg ada cafe kucing kat area situ. Haiiii lah si Mira ni. Kitorg pun pi lah sana. Sbb masing-masing suka kucing, kita tengok kucing dulu. Ok, adult per person RM 10 yaaa! 

Gambar banyak pada kawan. Pia pun tak sempat nak snap gambar banyak-banyak dek kerana kucing semuanyaaaaaa comel! So, Pia umbrella lah gambar kat sana yg tak berapa banyak. 

Pia comel ke kucing yg comel? which one? Hihi kidding :D

Heyyy Mira with me! Dulu dia tak suka sgt dgn kucing. Sekarang...~~ hmm cat's lover

Pia lagi ... XD

& Pia lagi .. :'D

Okayyyy, comel kannn? Okay guys, sampai sini ja pia share dulu. Jumpa lagi di next entry! (:


Wassalam


xoxo,
Pia

Tuesday, March 28, 2017

DIY Face Oil. Berkesan ke?

Assalamualaikum..

Hai semua! Hari ni Pia sempat je nak taip entry sbb Pia takda sample hari ni. Tapi ada lah kerja sikit-sikit Pia kena settle. Takda lah Pia tercongok je kan hari ni? Sebelum Pia nak cerita ni, Pia nak pesan awal-awal. Pia bukan nak angkat bakul sendiri tau? Semuanya benar. Hehe.Pengalaman Pia.

Okay? Apa tu Face Oil? Kalau dalam bahasa mudah Pia lah kan.. Minyak muka! Eh macam translate jadi bahasa melayu je. Hehe. taklah. Sebenarnya face oils ni minyak yg digunakan untuk wajah kita. Means kulit muka kita. Semua org nak rasa jadi flawless & berseri-seri kan? Lagi-lagi kita ni perempuan. So, apa guna face oil ni?

Kalau korang rajin nak google, banyak je info pasal face oil atau macam-macam facial product. Tapi apa yg pia nk kongsi ni pengalaman Pia sendiri lah. Dulu masa zaman sekolah, kulit muka pia takda masalah pun. Orang kata kalau kita suka makan kacang, nanti jerawat naik. Pia tak pedulikan pun semua tu, makan jelah. Takda pulak masalah jerawat. Kalau ada jerawat tu, dua tiga hari dah settle. bekas pun takda. Tapi sejak tahun lepas (masa umur 25 tahun), naik jerawat kat dahi. Tangan pulak gatak nak picit walaupun jerawat tu tak masak lagi. Geram tahu tak? Pastu amik lah bekas-bekas jerawat kat dahi. Lambat pulak tu nak hilang. Uwekkkk ! )':

Pia pun google lah product apa yg ok untuk jerawat ni. So pia pun guna lah product sekian sekian. Sekali tak jalan pun. Bengangnya Pia. Makin menjadi-jadi pulak Pia fikir masa tu mungkin kulit muka pia tak sesuai dgn produk tu. So, Pia stop guna. Kalau tengok cermin rasa down je tgok jerawat kat dahi ni walaupun xlah nampak sgt. Tapi, yela dr asal xda jerawat, kita kecewa laaaaah ):

Dalam pada Pia stop guna any facial product, Pia google macam mana nak hilangkan kesan jerawat guna bahan organik. So there we gooo! Pia start guna tea tree oil dulu sebab Pia ada baca yg tea tree oil ni boleh kecutkan jerawat. Pia pun guna. Mmg betul pun. Kalau hari ni Pia perasan Eh naik jerawat merah, Pia apply je tea tree oil, esoknya dia dh terbit mcm nanah dh. Xjadi jerawat. Tapi tu lah, still berbekas bila dia kering. Tapi bekas parut dia xla mcm parut jerawat. Warna dia pudar sikit. but still berbekas kan. Haihhh camno tu?

So Pia pun tanya encik google lagi. Pia find out macam-macam oil kita boleh guna.Tapi yg Pia cari on that time cuma Jojoba oil, Argan oil & Rosehip oil. Sbb Pia baca byk kebaikan apply minyak-minyak ni kat muka. So, Pia order la deme-deme ni. Hahaha. Bermulalah episod Pia bersama oils!

Okay, dapat je parcel, Pia mmg xsabar nak guna. Tapi, of course Pia mesti tertanya eh bau dia mcm mana agaknya? Bau argan oil & rosehip oil pelik sikit. Tapi takda lah busuk. Jojoba oil odorless. So, since dia organic, Pia lantak kan je lah bau tu. Okayy for the first time use, pia just guna 2 drops argan oil & 2 drops rosehip oil. Pia apply waktu malam sebelum tido.

Bangun pagi tu rasa mcm magic betul! Sbb kulit muka rasa segar & rasa lembut sangat-sangat! Pia ni ada masalah kulit kering tau. Tapi bila try, mmg xrasa kering langsung & tak berminyak walaupun apa yg Pia apply sebenarnya minyak-minyak belaka. Since that, Pia apply everydayyyy. Macam everyday is a must!

Ok, boleh tak someone yg jenis kulit berminyak apply kat skin diorang? Rasa-rasa boleh tak? teka lah. :)

Jawapannya boleh. sebab?

Sebab, kalau kita belajar Sains, minyak tak boleh larut kan dalam air? mcm tu juga lah kulit kita sebenarnya. Bila kita apply minyak kat muka kita, minyak akan serap dalam kulit dan elakkan kelembapan kulit kita dari terbebas. Plus, ada antioxidant lg. Jadi, terselamat lah kulit kita. Banyak kebaikan minyak-minyak ni sebenanrnya cuma nanti Pia share dalam next post pia ya? Sbb pia dah nak balik kerja sekejap lagi.

Berbalik pada testimoni Pia sendiri. Last month kawan Pia kawin. So, pia pergi lah wedding dia. Kawan dalam kampung juga. Masa tengah makan, ada yang tergur Pia makin cantik. Sbb sorg je tegur, Pia mcm tak lah kembang sangat sebab mungkin saja lah orang kata modal nak mula berborak kan? kawan lama time sekolah pulak. Dekat 10 tahun tak jumpa. 

Okayy lepastu Pia nk jumpa pengantin lah nak amik gambar. Masa nak amik gambar tu, kebetulan ada lg schoolmates nak ambil gambar sama-sama sekali ngn pengantin. Pia masa tu pakai baju kurung lama je. Sbb pia byk dress yg ala2 jubah tu. Nk pakai mcm melawa sgt pulak. Hmm. Pastu sorg demi sorg tegur Pia berserinya skrg.. dah nak kahwin ke? 

Pia ada share Pia guna argan oil & tea tree utk kecutkan jerawat kat instagram masa tu (Pia dah delete). Terus diorg komen kat bawah tu "Ooo ni lah rahsia kau ye pia?" . ada yg tanya jual tak? Pastu ada yg wsap personal cakap "Eh tadi ema & aisyah ada ckap kat aku cantiknya pia skrg.". Apa lagi, berbunga-bunga lah kitaaaaaa. 

Ada lagi! Pia baru je tak jumpa kawan Pia dalam dekat 3 minggu camtu. Dia kata "Eh dah kurang sgt hitam bawah mata tu." Pia just jawab tempat kerja skrg xberapa penat sgt. Walhal, pia xboleh tdo malam sebelum jumpa dia dek kerana oh costa coffee!

Tujuan Pia cerita ni bukan sbb nak cakap Pia ni cantik atau nak angkat bakul. Tak. cuma pia nak kongsi lah dgn korg smua yg kita ni sebenarnya boleh je pakai bahan organik untuk cantik. Walaupun effect dia tak nampak immediately. Yg penting, selamat utk kulit muka kita. Sekarang ni bukan takda jerawat. Ada ja. Sbb masalah pia ni susah sgt nak minum air. Sbb tu toksin kt bdn tu susah nk keluar >.<!! . So dah dekat 5 bln Pia guna semua minyak tu dan tak habis-habis pun. 

Jojoba oil tu pia guna bila balik kerja, pia guna as makeup remover. Tapi Pia bkn makeup sgt pun. Pia just pakai foundation, bedak & lip matte je. Sbb pia xpandai makeup. Kadang kalau rajin, lukis kening sikit. tu pun xreti jugak. & one more, Pia xsuka beli makeup sebenarnya. That's why :D .

Tapi kalau tgok ada org share sebelum pakai foundation & bedak, try apply argan oil. Memang jadi sekata je bila kita pakai  foundation & bedak lepas tu. 

Hehe. teruja tak? Pia share je, boleh lah cubaaaaa! :) . 

Ok lah pia nak bersiap untuk balik.. Kematu dah ni. 

xoxo! ^_^

Wassalam.

lots of love,
Pia






Monday, March 27, 2017

I'm Back!

Assalamualaikum..

Hai semua! (: Lama rasanya pia tak menaip kat blog ni. Pia sekarang dah attach kat Klang. Biasa lah attachment by project. Kali ni Pia attach kat refinery pulak. Alhamdulillah so far semuanya berjalan lancar. Mulanya masa awal-awal Pia nak gerak ke sini, memang berat sangat kaki ni nak melangkah sebab yelah Pia dah rasa selesa sangat duduk dgn family. Tak payah fikir duit nak bayar sewa & duit makan. Lagi satu, before Pia gerak sini, banyak benda tak settle lagi. Tapi tu lah, still kena juga datang sini. Tuntutan kerja katanyaaaa.

Cakap pasal kerja, Pia dah setahun empat bulan berkhidmat dengan Perkin Elmer sebagai Product Specialist. Sebenarnya Pia tak pernah rasa position product specialist tu sesuai dgn Pia. Iya lah, product specialist utk NIR machine, maknanya org expect kau tu tahu everything from A to Z tentang NIR machine. Tapi sebenarnya kau sangatlah kurang ilmunya. Ermm tapi takpe juga. Sbb from day to day, terlalu byk yg Pia dapat belajar. Molecular specialist pia cakap, sebenarnya apa yg pia pernah belajar kat uni dulu tu sgtlah sikit berbanding sekarang. Dia kata, even kadang yg ambil master pun, dorg fokus pada research & project nak settle.

Awalnya masa pia dapat position ni, terasa mcm apa lah yg Pia buat ni. Pia tahu konsep. Tapi terlalu banyak term & item yg baru. Kalau dulu masa belajar kat universiti cuma belajar theories & ada sikit practical, skrg ternyata jauh berbeza. Pia rasa beruntung belajar kat UiTM sbb boleh hands on instrument yg mak ai beratus ribu tanpa gangguan lab assistant lepas dorg explain mcm mana nak guna. Masa final year project, macam instrument tu ana yg punyaaa! Lagi lah Pia guna masa tu ICP-OES kat makmal pasca siswazah. Wohoooo sangatlah free makmal tu. Pia bertapa lama dalam tu kadang sampai lewat malam semata-mata nak settle FYP tu. What to dooo. Hehe.Sekarang ni otak kena laju berfikir & kerja kena consistent.

Ramai kawan Pia yg tanya Ok tak kerja dgn Perkin Elmer? Seronok sebenarnya. Bab kerja,kena selalu follow up dgn boss kalau kau rasa tak tahu. Mmg rasa bodoh kadang tanya soalan macam org tak pernah belajar spectroscopy. Pia selalu je rasa mcm tu sbb Pia ni dulu masa belajar kat uni, subjek Analytical Spectroscopy lah yg Pia paling xboleh score. Lulus cukup makan. Uhuk! ):

Lagi, kalau bab gaji, Pia boleh cakap yg alhamdulillah (: . Bab gaji ni it's all about how u manage your money. Bukan soal sikit atau banyak. Kalau cakap pasal sikit, mcm mana org gaji basic 1k pun boleh survive duduk kat KL tu kannn. Cuma yela, dugaan tu kita yg rasa. Setiap org dugaannya berbeza. Pia doakan kita semua dipermudahkan urusan. In shaa Allah. Pia pun before dpt merasa semua ni, gaji pia RM750 pun Pia pernah rasa. Tapi masa tu cukup je pulak. Siap boleh beli satu tudung sugarscarf. Gila tak pia? Hehe sbb masa tu tengok cantik sgt org pakai. Perasaan tak boleh dibendung :p . Duduk Shah Alam pulak masa tu. Dugaan makann sedap sana sini & butik keliling. tschhhh! Tapi semua tu kuasa Dia. Dia yg bantu kita. So dalam senang, dalam susah, jgn lupa Dia je. Walaupun kita ni tak baik. Biarlah org cakap kita apa sekalipun. Yg penting, Dia tahu. 

Okay, sampai sini dulu. ada banyak pia nak kongsi memandangkan lama pia tak ber-blog. tapi, Pia kena stop dulu sbb ada kerja.  xoxo! 

Wassalam




Dari Hati ke Hati.

Assalamualaikum.. Berkata tentang hati, semua manusia punya hati *cehh ayat. Baik ke tak baik tu terpulang pada yg menilai. Dan sebai...