Tuesday, December 17, 2013

bersyukur :)

assalamualaikum

alhamdulillah semalam dpt berita baik dari kawan baik :)
dia dah dapat kerja before grad. alhamdulillah murah rezeki dia.
moga nanti rezeki aku pun dipermudahkn Allah.
ameen :)

apart from this,
aku bersyukur sbb disayangi. 
http://kesengalanmenyengat.blogspot.com/2013/12/buat-kekasih.html

*hee :p

alright, xdpt lama2 sbb byk kerja lg xsettle ni. 
jumpa di lain waktu.

senyum :)

wassalam

Friday, December 13, 2013

pelangi untuk aku :)

assalamualaikum

Hari ni ada sedikit masa utk aku cotcet kat sini. walaupun kekurangan idea nak cerita ttg apa, tapi hehe, aku nak cerita jugak.

Semester ni, aku terpaksa duduk luar dek kerana kuota kolej yg kononnya dah penuh. Dua tiga kali aku buat rayuan & pergi HEP. Alasan yg diberi, "kena berkorban sikitlah dik..terpaksa.mmg kolej dah penuh sgt ni". Pada masa yg sama, aku nmpk jugak betapa gigih seorg student perempuan ni dia fight for nk dptkn kolej. Yela, dia ada jawatan tggi, aktif sana sini, tapi xdpt. itu yg aku tertanya, kriteria apa yg dia tgok? haihh kupon aktiviti aku pun penuh. sedih taw..tapi, aku mmg xpelik kalau rayuan kolej gagal. Mana taknya, kalau pagi tu, tgok bas masha Allah, begitu byk yg jln,penuh2 smuanya. Jadi, redha je. Aku anggap semua ni ada hikmah. Dalam dua minggu kitorg bangun awal mengejar bas, akhirnya, mama kawan aku bg kawan aku guna kereta utk pergi kelas. Alhamdulillah. Itulah hikmahnya, perhaps (: .

Tapi, dlm syoknya duk luar ni xfikir aktiviti kolej, aku diuji dengan hey hey hey duit yg laju kluar bagaikan air. Dari situ, aku belajar berjimat. Hehe, xda lah jimat bebenor.. :p

Beberapa hari ni aku duk usya shawl utk akk aku. haihh, penat aku smpai ke sogo aku berjalan taw. Mak oiii, customers yg dtg sogo tu bagaikan zombiee. Handbag terpelanting.. Haha :D akhirnya aku dpt murah je shawl akk aku tu. cantik pun cantik. rm9 jeee. tudung 1.50 pun ada. akhir2 sem ni.. haihh geram i.. duit kena jimattttt .

Final exam dah nak dekat. haihhh aku risau gilaa polymer punya exm nt. begiu xyakin. moga baik la semuanyaaaa ... ameen.

'dia' busy gilaaa sem ni. aku dah immune dah xmsg.. xpela, mcm xbiasa kn . hehe. mgkin Allah nk jaga hati kami .

tulah warna warni cerita aku. .. byk lagi.
pelangi utk aku :)




Monday, November 25, 2013

Cuba Dengan Ikhlas :)

... بسم الله الرحمن الرحيم
"Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian, dan bukan bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling shalih di antara kalian. Sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam mentaati Rabb-nya. Andai kata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat.
[Al Imam Hasan Al Basri ]
asslamualaikum :) 
Aku cuba tulis yang baik2. moga jika tidak sekarang, aku rasa bahagia di hari kemudian, in sha Allah. :)
Sebenarnya nak kongsi syair Imam Asy-Syafi'e ni.
bila dengar lagu nasyid tentang syair ni rasa nk tertido. mendayu2. mcm lullaby tapi bila tahu maknanya, rasa nk mengalir air mata. 
Elaika - PadaMu Ya ALLAH

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

Moga bermanfaat. nak masuk syurga bukan naksorang-sorang kan. jadi, let's spread our love. bagi aura positif utk diri & org lain. :)

wassalam .




Friday, November 8, 2013

pilihan

assalamualaikum

aku xtahu apa impression org lain pasal entri kali ni. tapi aku cuma aku. tegur jelah klau aku salah. terima atau x, aku kena terima jugak. aku xmarah. daripada aku makin merepek bukan2? parah... :p

aku xtahulah ada ke org xmau jadi kaya kalau diberi peluang? aku pun nak.. seriously. :)

kalau org offer kau kereta. kereta mewah pulak. haihhh, .. mak aihh. bak beetle 1!! suka gilaaa. pulak kalau warna merah. gah gitu. :D *berangan. xkisahla org kata keta katak pun. tetap xberkelip mata aku tgok.

teringat aku ngn rumate jerit dalam keta tgok keta beetle volkswagen tu.masa tu kitorg turun bukit. dh mcm turun roller coaster kitorg jerit dlm keta. perempuan, biasalah klau excited.mcm gila. haha :D lantak.

satu hari ada someone yg aku malas nk cerita ttg dia, offer aku something yg buat mata aku ada $$$. aku kenal dia dari cikgu masa aku sekolah menengah dulu. sbb aku merepek berseloroh ckap ngn cikgu aku, after spm aku nak kawin dgn dato' or tan sri yg kaya. dia mati, aku dapat harta. bajet mcm novel. mcm comel je? haha :D. biasalah gurau2 ..rupanya,ckgu aku kenalkn aku ngn someone ank org kaya mana ntah.dia dah kerja, & ada aset..tp.. hakikatnya ha, aku tengah degree pun skrg. mana ada aku kawin?

aku anggap dia mcm kwn aku yg lain. sbb.. hehe, aku dah jumpa kot mr.right aku. (in sha Allah 'dia').tapi, kita takda kuasa nk halang org utk suka kita atau benci kita.

apapun, mcm mana pun dia boleh salut emas ke, jongkong emas ke, berlian ke, aku tetap ingt pesan ni.
"cari suami yg ada agama,tggjwb & boleh bahagiakn dunia akhirat."

aku xnmpak hrta yg dia ada bakal bahagiakn aku. jadi, .. aku yakin, aku dh jumpa yg terbaik , in sha Allah.
biarlah ehem2 sederhana asal dia selalu tegur salah aku. & xlalaikn aku dlm cinta yg xpasti.

haha, ehem2, terima kasih sbb selalu tinggalkan aku sorg2 buat keje tnpa tinggalan SMS.
terima kasih sbb xlayan rajuk aku .
terima kasih sbb xdekat ngn aku.
terima kasih sbb syg aku.
terima kasih suruh aku sibuk.
 *terabur ayat. heh

sbb tu aku boleh gerak sendiri.
sbb tu aku boleh tinggal hp.
sbb tu aku boleh, lantak pi lah hang nak bz mana asal tahu jaga diri.

asalkan aku tetap letak yg satu tu tetap Illahi.

peace yow. hehe.










Saturday, October 19, 2013

still here .. let's begin :)

assalamualaikum..

last post was on 3rd July 2013 .. lama jugak meninggalkan blog. xkisahla tu.. hehe..
first of all, sebelum nak post new entry, byk halangan yg buat aku rasa nk off laptop serta merta. ishh.. :S ..first, google chrome yg tiba2 buat hal & pop up yg ntah apa2 kluar. xtahu aku adlh org yg paling malas nk tgok pop up tu. serius gangu mata aku.so aku biarkan pop up tu melompat2 sendiri. *merepek

last july was my final exam..bersama cuti semester, aku cutikn sekali segala kegiatn aku yg tak berkaitan dgn rumah. laptop ni hnya untuk tgok movie yg xkhatam mse ada kelas.. hehe. normal kan?
student katanya.. :)

well, let's begin with my story sepanjang holiday..
mulanya, berkobar2 semangat bila cuti bermula.. nak kerja kononnya..tapi, mak cakap, "kerja sebulan lebih,sapa nak amik kerja?tp,try jela cari..mana tahu ada"..sebenarnya nak kerja tu sbb.. aku nak shopping! ada ke perempuan xsuka shopping?kalau ada,yg pastinya bukan aku la tu..itu alasan biasa la nk shopping.tp, alasan utama aku--->last sem aku xda saving utk diri aku.sbb beberapa reasons. lagi,mcm biasa..aku xminta duit mak abah bila xda duit. jadi, duit tu adlh back up..
Dipendekkan cerita,aku xkerja pun..tp,first week cuti, aku jaga anak buah. dan minggu seterusnya, aku tlg mak aku. tapi xpelah, tiada penyesalan. hehe :)

2nd story, something yg menakutkan aku jadi waktu aku kat rumah.
sampai skrg aku rasa lg trauma tu. moga kejadian ni xberulang. semua ni start jadi masa study week..masa tu aku balik minta doa & semangat dari mak abah la seperti biasa.. nak exam kan..
malam tu aku tido sorang2. adik aku dah masuk matrikulasi. jadi,aku xda peneman.malam tu aku susah nak tido.xtahu kenapa..tiba2 aku dengar bunyi tapak kaki..jantung ni mcm nk meletup punya berdebar.aku tarik selimut smpai paras hidung.aku tgok tingkap..xda siapa.jadi,aku cuba lelapkan mata semula.
Still xboleh tido..aku sedapkn hati mugkin ada musang gamaknya kat luar rumah tu..biasalah, felda..byk pokok kat belakang rumah..
Tiba2 aku nmpak bayang lelaki kat tingkap tu. Ya Rabbi, Allah je tahu mcmana perasaan takut aku masa tu.boleh pulak dia selak langsir bilik, & suluh guna lampu handset dia,maybe.sbb seingat aku,lampu tu mcm cahaya kat fon je.aku pun terus "sapa tu ha? kau nak apa?".sbb aku smpat terfikir adik aku nak prank aku.*boleh pulak fikir gitu
Masa sahur, aku cerita kat mak..mak aku tnya adik2 aku. semua dh tido mati masa tu.Hantu?bukan kot..disebabkn tu kali pertama, abah kata mybe org lalu kot..xpun org xbetul.okay,make sense.
Habis exam, dah dekat nak raya.ada jugak..tapi masa tu awl lagi.xla mlm sgt.aku nmpak cm adik aku je.so,aku siap perli lagi.."kau ingt aku takut ke?haha :D"*kemain laa aku berlagak.
Seminggu raya tu, nothing happen.& aku pun xterfikir kejadian ni akn jd lagi.  lepas seminggu, masa tu smua dah balik kerja..so,back to basic,cuma mak abah,aku,adik2 & abg aku sorg yg lmbt sikit hbis cuti.Malam tu sekali lagi aku tak boleh tido..lampu jalan tu dah cukup mmbuatkn bilik aku ada cahaya samar2.sesuai sgtla buat tido..tapi dr dalam akn nmpak bayang2 pokok renek kat rumah jiran sebelah.tiba2 aku rasa mcm bayang tu jadi satu bayang yg solid.xda ruang2 dari pokok yg aku nmpak td.betul2 kali ni aku nampak bayang lelaki. tinggi..tiba2 dia selak langsir & campak kertas masuk bilik tu. betul2 landing terus kertas tu atas katil. dia tulis "hanya kau satu di hatiku".apa lagi, aku terus keluar bilik lari kat abang aku.
Abang aku terus xfikir apa, bawa parang keluar.pusing satu rumah. xjumpa..aku fikir mungkin dah lari..tiba2 bila abg aku dah masuk, aku nmpak byg2 dia baru lari dari rumah jiran sebelah..abang aku terus keluar & marah2 ..maki2..ohohoiiiii siapakah???terus aku trauma xleh tido seminggu.

Aku stop dulu nak solat asar. see u again >.<

Tuesday, July 2, 2013

semalam

assalamualaikum..

semalam dlm kenangan. mmg betul2 dlm kenangan bila tak mau lg ingt tntg exam paper yg membawa kepada taufan hati. membuatkan aku keluar main bowling after exam bersama roomates tersyg.

natijahnya, janganlah study last minute sgt. kan? ni x.. latihan pun kurg. pastu nk cover all thing for just few times mana lah boleh nk dibandingkan dgn org yg consistent study dr awal. how regret i am? rasa nk nangis tp rasa, 'ermm, nk buat cmna lg. redha dgn jwpn yg kite beri'

moga semuanya baik2 saja. dah2, jgn nangis. jgn buang air mata.

sayasahaja: siti sufiah rosdi

Tuesday, May 28, 2013

cuba menjadi cik chemy yg bersastera .. :)


... بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

assalamualaikum :)

sy seorg student chemistry..so,where the point am suppose to berbahasa begini? entahla..tiba2 terasa mahu..let me just do it. 

suka untuk buat ulasan ttg blog sendiri.tentang kedewasaan penulisan dlm blog ini.sukar untuk katakn adakah penulisan ini berbentuk peribadi atau tidak sepanjang tempoh usia blog ini.

juga keliru ttg tujuan blog ini. adakah untuk mengejar populariti,cuba meraih pengikut sebanyak yg mungkin.tetapi yg pasti,berlaku proses kedewasaan melalui penulisan blog ini #isn't it? :p

terima kasih kepada encik-encik dan cik-cik yang penyayang kerna sudi menembak peluru kesedaran dalam kotak hati hamba . dengan revolusi itu , sy bangkit kembali dengan nama baru , jadikan usaha penulisan sebagai satu sumbangan ke arah perniagaan baru; perniagaan saham ke alam yang lagi satu .

namun , penulisan ke arah itu tidak mudah . kerna jalan menuju ke jannah-Nya sukar seperti berjalan di atas helaian rambut . itu jugalah alasan yang digunakan sebaik sahaja berasa kasihan akan diri sendiri apabila kurang mengamalkan ilmu yang sy pelajari .

monolog hati:
"aku bukannya seorang pemuitis suasana . aku cuma menulis apa yang terilham di hati . aku rasa ini bukan sastera yang sebenar-benar sastera , kalau pakar sastera datang sini , mahu aku dibuang bangsa nanti =_=" . cuma aku rasa seronok bila baca balik apa yang aku tulis . aku tulis bukan sekadar untuk berkongsi dengan orang lain , tetapi untuk diri aku yang tak suka membaca" .

perasaan lawak itu macam baca balik karangan sekolah rendah yang cerita tentang roket dengan aliens . sungguh tak matang . itulah yang dicari untuk menceriakan hari-hari di dunia.

Selamat pagi semuanya ..! ♥ 

Wassalam (;




Wednesday, March 27, 2013

kawan baik (:

... بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum..

bertemankan lampu meja, cuba menaip papan kekunci walau mata hampir tertutup. dan.. roomate sudah selamat tido..dan eh,ada yg berdengkur ! :D :p

alhamdulillah berpeluang mengenali roomate yg baru selaku catalyst utk diri ni terus ketawa dan ceria. :)

meraka semua kawan saya skrg ! :)) 

beberapa hari yg lepas, roomate main my lappy..menggodek apa yg ada :p 

dan.. dia terjumpa gambar2 kawan2 saya ..

"bestnya ada kwn baik! :) " tu yg dia perkatakan.

.. lantas, membuat diri ni tersenyum dan bersyukur.

pd saya, syukur membuat diri kita rasa tenang ..sebab,syukur membuat kita merasa cukup dgn apa yg ada. sikit, apatah lg yg byk . :) kan?

mak kata " cuma kita yg tahu sapa kawan baik kita." 

ya, u right mom. :))

'dia' juga kwn sy dulu..tp dlm mengejar cita-cita, terpisah itu lumrah.

cuma mampu berdoa n minta semua utk mendoakn :) 

saya mahu seperti ini :

comel kan bila kita sama2 berjaya ? 

in sha Allah Allah akn aturkan yg terbaik andai kita lakukn yg terbaik :))

selamat malam ..

wassalam .. :)


Tuesday, March 19, 2013

Mahar Cinta (:

... بسم الله الرحمن الرحيم



Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..


_((: siti sufiah rosdi :))_

Saturday, March 16, 2013

bunga-bunga impian (:


... بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum (:

Rindu bertamu di Abu Dhabi. Cinta Qaseh. 

Dua tajuk cerita ni cukup menggambarkan betapa hati ni berbunga-bunga. nak ke sana dan ke mari.. hiks :D ..

Alhamdulillah program 1 citizen hari ni berjalan lancar. Esok exam pulak.. Moga2 lulus n dpt certificate. Amin (:

Ok, lecturer yg conduct 1 citizen td Puan Suhaila. She is a forensic lecturer. tp program 1 citizen ni bukanlah psal 1 malaysia or something like that.. bukan.. more like technology n penggunaan internet. 

Puan cerita psl plagiarism. Rasanya ramai yg tahu ttg ni..hehe :) . sapa yg menghadapi thesis, ehem! msti faham.. teringat mse diploma dulu. mak aihh pening nk wat citation. seriously leceh..dgn journal yg susah dpt. tp advantagenya skrg ni dh ada pengalaman,xdalah mcm terkejut pulak kn..

Puan ada cerita jugak, nanti klau boleh smbung master, sambungla kat overseas.. cuba dptkan pengalaman sebaik mungkin sbb pengalamn susah nk dpt..usaha sebaik mungkin.
 
So,diri ni yg excited ni pun terus search gmbr amsterdam cuz puan ckap, kat situ byk peluang smbung dlm bidang chemistry. Ya Rabbi cantiknya amsterdam! tapi xberharap pun study situ..cuma masih berharap dpt smbung master. :)

Bila dh search gmbr2 ni, teringat salah satu impian yg xpernah terpadam which is nak pergi ke 7 wonders of the world.
Bila tgok dia gi taj mahal, seriously rasa nk menangis cuz teringat impian tu ! 


hey, u should be there with me tau x? waaa :"( *kesat air mata .

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Amin . :')


Friday, March 1, 2013

Semalam :')

... بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dgn iradat Allah,masih diberi kesempatan untuk meluangkn sedikit masa utk jari-jari ini menari di papan kekunci..berteman cahaya bulan yg masih terang. cantik.sungguh! :) 

Setelah dua kali membaca yasin, ku panjatkan doa pd Allah agar urusan hidup dan matiku dipermudahkn..ditetapkan iman diri, kesejahteraan mak abah dan seisi keluarga yang masih di sisi memberi dorongan,untuk sahabat2, juga xlupa doa utk seorg ibu yg telah pergi.ibu dia..seorg yg ingin benar aku jumpa di hari raya tahun yg sudah.Namun, percaturan Allah itu penuh hikmah dan bijaksana. Aku redha impianku utk bertemu dan mengenalinya dgn lebih dekat lagi tidak kesampaian.Entah kenapa air mata ini masih lg deras mengalir seperti diri ini sudah mengenalinya. aku hnya pernah melihat gambarnya.

Menapak ke bilik dgn ketenangan hati. Tapi,kepala ini diserang rasa sakit. Merehatkn diri, main tab membalas whatsapp sebentar, mengucap syahadah n doa2 sebelum tidur.

Ku termimpikan wajah arwah..berpesan seperti pesanan seorg ibu..seperti mak :) ..mulutnya tidak bergerak..Aku hnya mampu melihat wajahnya.Tapi entah kenapa dpt mendengar suara dan pesanannya ..

Mimpi insan biasa seperti aku adalah mainan tidur. tapi dgn mimpi ini, aku juga bersyukur. Allah beri aku peluang jumpa dlm mimpi. andainya mimpi itu tak benar pun tak apa.cukuplah aku merasa perasaan seperti bertemunya di alam yg nyata. *Sebak 

Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan tergolong dlm kalangan golongan yg beriman. Aaminn Ya Rabbal 'alamin.

Wassalam :')

Monday, February 25, 2013

register course .. #tabahkanlah hati :)

assalamualaikum..

ok,sibuk register course..org lain dah dua minggu dftr kolej..hmm.. xtahu knpa kitorg lmbt sikit.
tp xkisah la tu..sekarang ni mslh cuma register course yg memeningkan..

nak dijadikan cerita, akibat xpercaya diri,xnak la amik risiko amik smpai 23 credit hour..hai la sufiah..org lain steady je..hmm..klau x,xjd cerita cmni..wuaaaa :'(

sepatutnya sem lpas, amik lg dua subjek..marketing n programming.tp, disebabkn 1 subjek ni xdpt pengecualian krdt, hilang terus keyakinan diri..then,buat keputusan kononnya nak amik sem ni...nak selamat.xnak amik risiko.last2....tadaaaa!!

alkisah register course pun tiba....

bukan main laju xsbr nk register course cuz takut kelas penuh..tp disebabkn kerja2 rumah yg xdpt dielakkan + jaga mkn minum nenek, ptg tu bru la register ..

laju btul dorg register..tp diri ni masih berlagak cool n rileks. So,bermulalah aktiviti susun jadual..susun punya susun, dptlah class yg sepatutnya diregister..tp segamat musim hujan. Punahla segala harapn nk terus register. Tambah pulak, kwn yg plan sme2 susun jadual dulu, ada mslh subjek sem lpas n xboleh dh nk register sme2..terpaksa cari geng n dh set otak utk bergerak sendiri..
Ye la,bila perkara2 mcm ni jd, kne bersedia dgn segala kemungkinan..hiks! :D time ni la pndai ckap cmtu..

Haihhh..bertambah kerut2 kat dahi ni memikirkn..

Semoga semuanya berjalan lancar lpas ni. Permudahknlah Ya Allah..bkn utk diri ni je,utk kwn2 lain jgk yg ada mslh yg sama.. aminn

time to sleep.. baca doa tido..

gdnite world..

wassalam :)

sayasahaja: siti sufiah rosdi






Thursday, January 10, 2013

2013..

assalamualaikum..

alhamdulillah masih diberi peluang hidup smpai hr ini.
i'm home! .. sbnrnya tertekan ckit. so, balik kejap tgok muka mak abah utk menenangkan diri.. :)

Make up. Perlu ke?

Assalamualaikum.. Hai semua, buat apa tu korang? Pia tak sihat beberapa hari lepas. Hari ni dah ok sikit. Bangun pagi terus mengemas, b...