Friday, December 14, 2012

Runtunnya Sekeping Hati

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Saat mata ini telah letih dengan nota-nota kecil dan formula-formula yg  byk, diri ini cuba meluangkan sedikit masa untuk menaip di papan kekunci..

alhamdulillah diri ini masih diberi peluang utk memberi sedikit kegembiraan si jantung hati ,mak dan abah.
Tapi,sebelum kegembiraan itu ku beri, Allah berikan sedikit kesayuan utk diri ini.

Selepas menaiki puncak menara gading yg mmg selama ini mmg kuimpikan,aku cuba memandang para tetamu..mak dan abah berada di tingkat atas dewan.setelh turun dari stage,mak melambai2 .dpt aku rasakan kebanggaan mak dan abah yg tersenyum meskipun aku baru bergelar pemegang diploma..ijazah,in sya Allah dua tahun lagi..Moga semuanya berjalan dgn lancar..

Aku cuba mencari mak dan abah selepas majlis graduasi..puas aku bergegas ke sana ke mari..tapi xjumpa. call xdpt. Ya Allah, aku hampir menangis..dengan keadaan cuaca yg panas terik masa tu, satu dataran dewan aku cari. Alhamdulillah, berjumpa akhirnyaa.

Mak mendapatknku dan mengucup pipiku..abah tersenyum riang memegang bunga untukku. tapi......
Aku lihat abah menahan sakit..berjalan sekejap,abah memegang kakinya lagi.. Bila aku meminta abah rehat dn duduk di kerusi, abah pegang lagi kaki..Aku berbual dgn merela berdua. Wajah yg amat2 aku rindu..Berkali-kali abah mengurut-urut kakinya sendiri. Mak pula, muka agak sembap..bila ditanya,katanya letih..Bila aku bertanya pd abah,abah kata "Supi, kaki abah sakit..tadi masa mak ngn abah jalan ke sini, abah xtahan sakit kaki..mak pulak jln dengkut2..ada polis bantuan tu tlg papah abah n mak..masuk dlm van n hantar pergi dewan"

Masya Allah, Subhanallah..Aku cuba tahan air mata ni mengalir di hadapan mereka... Sungguh.

Seusai mereka pulang..aku pulang ke bilik dengan hati yg sayu..sampai di bilik, aku rebahkn badan ke katil dan menangis sekuat hati.

Sungguh kuat kasih syg mereka ...

Mereka tetap mahu dtg wlaupun aku tegah. Kerana ini yg aku bimbangkan..aku xsggup membayangkan tiada org yg mahu membantu..aku xsanggup mereka berada dlm pandangan yg kasihan dr org ramai tp tidak dibantu.

Aku berjanji, aku cuba menjadi anak yg terbaik, penyejuk mata hingga ke akhirnya ...



No comments:

Post a Comment

Make up. Perlu ke?

Assalamualaikum.. Hai semua, buat apa tu korang? Pia tak sihat beberapa hari lepas. Hari ni dah ok sikit. Bangun pagi terus mengemas, b...